Monday, January 4, 2010

Bank terbesar dunia mula operasi di Malaysia Mac

ICBC dapat lesen November lalu, dibenar buka lapan cawangan

INDUSTRIAL and Commercial Bank of China (ICBC), bank komersial terbesar dunia yang diberi lesen bank perdagangan susulan persetujuan dua hala Malaysia-China pada November lalu, akan memulakan operasinya di Malaysia, Mac ini.

Sumber industri berkata, bank itu diberi keistimewaan sama seperti bank asing lain yang beroperasi di Malaysia termasuk membuka sehingga lapan cawangan di negara ini.



"ICBC akan membuka pejabatnya di Kuala Lumpur, Mac ini. Ia kini adalah bank terbesar di dunia mengatasi peneraju sebelumnya iaitu Citigroup Inc.

"Buat masa ini, satu-satunya bank dari China yang beroperasi di Malaysia adalah Bank of China (M) Bhd dan kemasukan ICBC berpotensi merangsang perdagangan serta urus niaga merentasi sempadan antara Malaysia-China serta negara di rantau ini," katanya kepada Berita Harian baru-baru ini.

Bank Negara Malaysia memberi lesen operasi di Malaysia kepada ICBC pada 20 November lalu, selepas ia mendapat kelulusan Suruhanjaya Kawal Selia Perbankan China bagi tujuan berkenaan, sebelum itu.

Seorang penganalisis perbankan berkata, kemasukan bank itu juga, akan mewujudkan 'persaingan sihat' dalam industri kewangan tempatan, selain dijangka memperkukuhkan pasaran modal dan merancakkan perbankan Islam di rantau ini.

"China dan Malaysia adalah negara yang memiliki rizab yang besar. Sebelum ini, Amerika Syarikat (AS) menjadi destinasi pelaburan utama dunia, tetapi dengan pengukuhan integrasi kewangan di kalangan negara Asia, maka pelaburan itu dapat dialih ke negara serantau," jelas beliau.

Sementara itu, ICBC dalam kenyataan menerusi laman webnya, berkata Malaysia adalah pasaran penting untuk diterokai dalam menjayakan strategi globalisasi bank itu.

"Selepas penubuhan anak syarikat di Malaysia, kami akan berusaha untuk menyepadukan operasinya dengan pasaran kewangan tempatan dan memainkan peranan aktif dalam merangsang aktiviti ekonomi dan perdagangan dua hala," kata bank itu.

Katanya, langkah itu juga akan menyemarakkan pembangunan ekonomi Malaysia dengan memanfaatkan asas pelanggan Kumpulan ICBC yang besar, kekukuhan modal dan teknologi terkininya.

Malaysia adalah satu daripada rakan dagangan terpenting China dalam Asean. Pada 2008, dagangan dua hala kedua-dua negara berjumlah AS$53.469 bilion, mewakili 25 peratus daripada jumlah keseluruhan dagangan antara China dan negara Asean.

Sementara itu, ICBC yang ditubuhkan pada 1 Januari 1984, kini adalah bank terbesar di dunia dengan jumlah aset bernilai AS$1.6 trilion. Ia memiliki 18,000 cawangan termasuk 106 cawangan dan ejen di luar negara.

Pada Julai 2007, jumlah permodalan pasaran meningkat kepada AS$254 bilion, sekali gus menjadikannya bank paling bernilai di dunia

Wednesday, December 16, 2009

SIMPANAN DAN PERLINDUNGAN TAKAFUL

Daripada Hadis Riwayat Bukhari & Muslim,
“ Tinggalkan anak & isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta.”
Dengan mempunyai JAMINAN PENDAPATAN pada hari ini, samada saya panjang umur atau pendek umur, kehidupan keluarga saya pasti terjamin kerana pendapatan saya berterusan.
Maksud hadis, Apabila telah meninggal anak adam, maka terputuslah segala amalannya, kecuali tiga perkara. Sadakah jariah, ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakan baginya.

SETIAP HARI KITA KELUAR MENCARI WANG…..
JIKA ANDA HILANG UPAYA AKIBAT KEMALANGAN/PENYAKIT….ATAU.....
SEKIRANYA ANDA MENINGGAL DUNIA….
BAGAIMANA DENGAN PENDAPATAN ANDA......?
BAGAIMANA PULA DENGAN KELUARGA ANDA…..?
PASTI PENDAPATAN ANDA TERHENTI…
ADAKAH KELUARGA ANDA DAPAT MENERUSKAN KEHIDUPAN DENGAN SELESA.......CIRI-CIRI TAKAFUL
*SISTEM ISLAM*
*SUMBANGAN TABARRU’ (DERMA)*(SADAKAH JARIAH)
*PELABURAN HALAL*
*AL-MUDHARABAH (KONGSI KEUNTUNGAN)*
*MAJLIS PENGAWASAN SYARIAH*
*TIADA UNSUR RIBA*
*TIADA UNSUR JUDI*
*TIADA UNSUR GHARAR*

Manfaat perlindungan
1)Perlindungan kewangan akibat meninggal dunia
2)Manfaat Kemalangan
3)Manfaat Penyakit Kritikal
4)Elaun Harian Hospital
5)Simpanan pelajaran
6)Simpanan Hari Tua
7)Menampung Kos Rawatan (Medical Card)
Penerangan percuma pla

Sunday, December 13, 2009

APA ITU DANA UNIT AMANAH ?

APA ITU DANA UNIT AMANAH ?

Unit Amanah merupakan suatu alat pelaburan kolektif, di mana modal para pelabur dikumpulkan ke dalam satu dana untuk diuruskan oleh pengurus-pengurus dana profesional. Dana tersebut akan dilaburkan di dalam pelbagai portfolio ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan oleh surat ikatan di samping Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti (SC) ke atas Dana Unit Amanah.


BAGAIMANA UNIT AMANAH BERFUNGSI

Unit amanah membabitkan penglibatan tiga pihak iaitu Pemegang Unit / Pelabur yang melabur dalam sesuatu dana amanah, Pemegang Amanah yang bertindak sebagai badan bebas dan penjaga aset yang dilabur dan Syarikat Pengurusan yang menyediakan kepakaran teknikal untuk menguruskan dana berkenaan.

Operasi sesuatu skim unit amanah itu ditadbirkan oleh satu dokumen perundangan yang dipanggil Suratikatan. Ia menyatakan tentang hak dan tanggungjawab Pengurus dan Pemegang Amanah serta hak Pemegang Unit. Ia juga menyatakan secara terperinci bagaimana unit amanah itu harus beroperasi dan diuruskan serta bagaimana menentukan kadar bayaran yuran.

Dengan pertalian sedemikian kita dapat simpulkan yang unit amanah direka bentuk bagi melindungi kepentingan para pelaburnya tidak seperti pelaburan saham biasa ataupun komoditi.


BAGAIMANA PELABUR MENDAPAT UNTUNG?

Ada dua cara utama pelabur mendapat keuntungan iaitu melalui pertumbuhan modal dan menjana dividen. Pertumbuhan modal berlaku apabila nilai porfolio meningkat diikuti kenaikan nilai unit, dan kita akan mendapat untung jika kita menjual unit tersebut pada harga yang lebih tinggi daripada harga semasa dibeli. Sebaliknya jika nilai porfolio menurun maka nilai unit juga menurun. Ini tidak bermakna kita sudah rugi kerana ada peluang bagi harga unit naik semula. Kadangkala ia bergantung pada strategi pelaburan seseorang. Kejatuhan harga dianggap kebaikan kerana dapat membeli lebih banyak unit lagi.

Apabila dana mempunyai pendapatan hasil daripada pelaburan sekuriti yang dibuat, maka pendapatan dana ini diagih kepada pemegang unit menerusi dividen. Jika dana itu hanya berjaya menghasilkan pendapatan yang kecil ataupun tiada keuntungan, dana ini tidak mengeluarkan dividen. Jadi, para pelabur perlu faham, dividen bukanlah kewajipan tetapi sebaliknya bergantung pada kemampuan syarikat pengurusan unit amanah sentiasa berusaha supaya para pelabur menikmati dividen pada setiap tahun. Tetapi, tidak semestinya dividen itu dibayar dalam bentuk tunai, mungkin dalam bentuk unit tambahan.


SIAPA MELABUR DALAM UNIT AMANAH?

Secara umumnya, unit amanah sesuai untuk pelabur yang tidak mempunyai masa atau peluang untuk melabur dan memantau prestasi pelaburan mereka secara kerap dan tetap. Melalui dana-dana yang disediakan, mereka mempunyai pilihan pelaburan yang lebih luas (untuk tujuan kepelbagaian pelaburan) dan, yang lebih penting, pengurus-pengurus profesional akan menguruskan dana-dana bagi pihak mereka.

Melabur dalam unit amanah adalah satu cara yang terbaik dan ideal untuk mendapatkan pulangan yang baik dalam jangka sederhana dan panjang berbanding simpanan tunai atau simpanan tetap (fixed deposit). Di samping itu, risiko juga adalah kurang berbanding melabur terus dalam saham atau bon, yang mana hanya boleh diperoleh melalui kepelbagaian portfolio yang benar-benar baik.


KELEBIHAN MELABUR DALAM UNIT AMANAH

1. Pengurusan Dana Profesional
Pelaburan di dalam dana unit amanah diurusselia oleh pengurus dana profesional yang memiliki pengetahuan mendalam mengenai ekonomi dan penyelidikan korporat dan mengenalpasti pelaburan yang berpotensi. Mereka mempunyai akses kepada pelbagai bahan-bahan ekonomi dan penyelidikan korporat.

2. Mempelbagai Peluang
Pelaburan di dalam dana unit amanah menyediakan peluang untuk melebarkan portfolio pelaburan melalui pelbagai jenis saham dan terbitan walaupun dengan modal yang kecil.

3. Memudahkan Transaksi
Menyediakan para pelabur dengan kaedah yang lebih mudah, lebih selesa dan bebas dari kerumitan untuk melakukan pelaburan saham berbanding memegang portfolio sendiri di pasaran saham.

4. Meminimakan Risiko
Mempelbagaikan portfolio melebarkan pendedahan para pelabur daripada risiko, menerusi keluasan portfolio saham dan derivatif, yang mana menawarkan pelbagai jenis risiko yang berbeza.

5. Kecairan
Pemegang unit boleh mencairkan kesemua atau sebahagian daripada unit-unit mereka pada bila-bila masa sepanjang hari perniagaan tanpa sebarang kesukaran.

6. Potensi Pertumbuhan Modal
Di dalam jangka panjang, pada amnya potensi pulangan melalui pertumbuhan modal dan pengagihan pendapatan adalah lebih tinggi berbanding simpanan di bank-bank. Oleh itu, pelaburan dalam unit amanah boleh digunakan untuk keperluan masa depan seperti pendidikan anak-anak, persaraan atau menunaikan umrah dan sebagainya mengikut keperluan masing-masing.


PERBANDINGAN DENGAN PELABURAN SAHAM & SIMPANAN DI BANK

a. Pelaburan Unit Amanah dan Pelaburan Saham
Secara umumnya, pelaburan saham dapat memberikan pulangan terbaik dalam tempoh jangkamasa panjang tetapi disebabkan harganya boleh turun naik terutamanya dalam jangkamasa singkat, ia dianggap sebagai pelaburan yang berisiko. Manakala, bagi pelaburan di dalam unit amanah, risiko telah dikurangkan disebabkan oleh pelbagaian pelaburan.

b. Pelaburan Unit Amanah dan Deposit di Bank
Bagi deposit di bank pula ianya tidak berubah daripada segi nilainya tetapi pulangannya lebih rendah jika dibandingkan dengan pelaburan unit amanah yang mana walaupun mempunyai risiko, tetapi dikurangkan dengan pelbagaian pelaburan yang baik.